Followers

Wednesday, 31 October 2012

Matahari....

Since budak Chiang Mai dah nak balik Thailand, so dekan aku pon organized a farewell party...sobssobsss....jadi Matahari adalah pilihan kami...
Menu malam tu, kitaorang makan makanan ala2 thai....ada ikan sweet sour, butter prawn, kerabu sotong (xsilap la)....sayur kailan dan tom yam.....
makanan memang super terangkat...
ok..ada sorang budak Chiang Mai tanya aku sirap memang famous kat Malaysia ka?...selamba ja aku jawab this is because it is cheap..muahahaha...jawapan gila kentang...terus terang ja xdak nak selindung dah.... diorang cakap diaorang suka makanan Malaysia...aroi2
butter prawn...
close up... ayam masak kicap..eh ya ka?
Orang yang duduk kat meja ni memang kuat makan..agaknya dah memang kebuluq pon....xcukup makanan yang hidang kat atas meja..makanan kat meja sebelah pon kitaorang sebat sebab meja tu memang kosong.....fuhhhhh....kenyang gila

bila tengok meja boleh tau cara kitaorang makan...



muka happy bila perut happy..

Sunday, 28 October 2012

Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha...ok memandangkan aku xbalik cuti raya kali nih..meh aku nak cerita betapa sedihnya beraya kat terengganu...dah la u pon sunyi ja sebab semua orang balik...tapi aku xdak lah sampai nangis..cuma boring tahap melampau...

Pagi raya punya xsemangat..bangun pon kul 7.45 mandi2 siap lepas tu terus pi masjid Unisza dengan Hanim.. masa kat masjid terjumpa pulak dengan junior...rupanya ramai gak yang xbalik...ok terus semangat naik..hahaha
Dengan junior aku...ceria ja diaorang nih...
Lepas ja solat, ada makan2 sikit...aku pon sempat rembat nasi impit, serunding, moist choc cake...sedih2 pon makan tetap selera.hahaha. Bila sampai ja kat bilik, kawan aku pon dah siap masak laksa johor...apa lagi melantak lagi lah....
Bahan xbanyak pon...syukur lah

kuah laksa johor...
Petang tu kitorang kuar jalan2 n exercise kat gym nak hilangkan boring plus nak kuruskan badan...hahaha..so petang tu rancang ja lah mlm nti nak makan apa..semua orang dah lapaq...sehari xjumpa nasik....rindunya...so macam2 lah yang keluaq...nak chicken rice la kfc la pizza la...amboih nafsu kuat gila...last2 kitorang beli ni...




tadaaaaa!!!!!

kfc... family bucket with 12 pieces...hewhew
ok..raya ke-2 ni baru lah jalan2 tapi 2 rumah ja yang kena ambush...hahaha..

Konon candid lah
Akhirnya sampai jugak rumah kak matun..dapat jugak merasa nasik minyak...dah sudah makan memang agenda yang ditunggu2... gossiping..hahahaha

ketua gosip..tudung merah tu..=)

kenangan dengan tuan rumah..
model keropok
terima kasih kak matun sebab jemput kitaorang...hehehe sanggup lak simpan lauk untuk kitaorang.. 
Next is Mira's House...hihihi.....Bila kak matun join skali n dia duduk kat sebelah driver baru kitaorang perasan warna baju diaorang sedondon..wah macam berjanji pulak...hahaha
Pa n Ma...
Bila balik dari rumah mira, kak matun dah malu2 dah terus xmau dok depan...punya semangat naik awal dari orang lain sebab xmau dok depan..hahahaha
Ni masa balik dari rumah mira..
makan bihun =)
tuan rumah senyum lebarr....
Semua muka ceria sebab dah terlampau kenyang sangat...=)

Thursday, 25 October 2012

Anak Perantauan

Wahhhh tajuk entry memang xboleh blah...hahaha...ya lah orang lain sambut hari raya qurban kat kampung tapi aku sambut kat u ja.dah tu ramai lah student yang dah balik kampung masing2..tinggal lah anak perantauan sorang ni..tu lah gedik sangat xmau balik..kan dah menyesal plak...xpa raya haji ja pon..hihihih ayat nak sedapkan hati ja..8 november nak balik cuti sem lak sebab tu aku pikir nak raya haji kat u ja...nak alih angin padahal sama ja xdak apa yang beza pon...dok lah terperuk dalam bilik sorang2..padan muka...

Hehehe bila roomate aku dah balik  dah tu semua movie aku khatam mula la buat kerja gila....tapi xdak lah gila mana pon..ambik gambaq makanan ja pon..hihihi...kalau roomate ada xkuasa aku nak buat kerja nih..hahaha nti kena bahan lak...meh kita usha apa makanan di pagi raya sebab punya lah semangat petang semalam keluaq beli makanan so nanti aku xkebuluq....masa kat bilik lagi terpikir nak makan tu lah nak beli ni lah tapi bila sampai ja kat supermarket otak membeku terus....semua nak beli biasalah sebab aku memang tamak...hahaha

Jom usha2

Minuman pagi raya... ce teka apa dia...bila tengok kat rak minuman memang ada hati nak beli soya perisa jagung dua kotak...hambik ko nak beli sampai dua tapi perut ada 1 ja....sayang kat asrama xdak fridge pulak dah tu soya ni spesis yang cepat basi lak...so said goodbye to soya....i will miss u...pikir punya pikir....cepat ja tangan aku capai benda ni...

MEMPERSEMBAHKAN











Ribena...yeayhhhhhhh.sila berikan tepukan gemuruh kerana berjaya mencuri hati saya...hakhak..kalau nak datang beraya kat bilik aku kena bawak mug sendiri sebab mug ada satu ja..biasalah adat orang bujang...hewhew
Ribena...
Honey stars untuk sarapan pagi....kononya bajet budak kecik lagi la...memang aku kecik pon tapi dari saiz ja..hahaha umuq xkecik2 pon makin besaq ada lah....kalo makan honey stars muka korang akan berseri2...serius ni aku tipu..hahaha


Ni memang dah lama aku plan nak makan... spaghetti..hihihi aku memang kuat makan spaghetti .sebab aku nak slim macam spaghetti tu..hahaha..asal nak carik jenama sam remo (betul ka aku eja ni)...nak konpem korang google sendiri lah...tapi xdak untuk spageti..kimball pon dimaafkan..aku xtau lah jenama ni ok ka x coz aku xpernah beli jenama ni....
My favorite


Bihun pama memang xasing lagi dengan hidup aku..ni bff..aku pon xtau lah napa aku suka jenama ni...mungkin sebab ni
Pa= papa
+
Ma= mama
Dan aku beli bihun ni guna duit PAMA gak..hahaha sengal....


Aku pon xtau apa motip beli mushroom soup...sebab aku pikir kalo makan honey stars mana lah tau xkenyang..hihiihihi...bole aku top up dengan soup...hahahaha nampak x betapa besaqnya napsu aku...bila makan aku baca doa tapi perut aku xkenyang2 lagik...heran aku


Alangkah bahagianya bila tengok mereka bersatu tapi lagi bahagia bila aku bangun makanan ni dah siap terhidang tunggu nak ngap ja......agak2nya yang mana licin dulu..hahaha....orang lain pagi raya makan rendang lah ketupat lah..aku??? sobss sobsss


Tuesday, 23 October 2012

Welcoming Dinner


Semalam fakulti teknologi makanan telah mengadakan jamuan untuk menyambut delegasi dari Chiang Mai Universiti. Pelajar dari Chiang Mai sampai Terengganu pagi ahad...so malam tu kitaorang celebrate sempena kedatangan diaorang....Orang Malaysia kan suka meraikan tetamu especially yang datang jauh..kan2..itulah adat orang kita..cewwahhh masuk bakul angkat sendiri la plak...keep it up!!

8.00 malam sehingga lah 8.30 malam adalah kedatangan para tetamu....yang bestnya NC dah datang dah tapi student dari Chiang Mai xsampai2 lagi...hahaha...memang vvvip nih...sekali diaorang dah sampai semua orang terpaku aja..... nak tau sebab pa.....

Kedatangan tetamu...masa ni malu2 lagi semua diam ja....
Students from Chiang Mai University 
Hahaha cantik kan? Diorang ni ada yang tengah ambik degree, master ngan Phd gak...tapi yang gambar atas tu sebaya ja dengan aku..hahaha tapi matured gila...agak2 korang berani x pakai macam ni??? ouh final year students kena duduk semeja dengan CMU students...disebabkan kitaorang xpandai cakap thai dan diaorang pulak xpandai cakap melayu so bahasa perantaraan kitaorang english..tapi lain yang ditanya lain pulak yang jawab...ermmmmm hahahaha..macam ayam ngan itik bercakap..dua2 xpaham..hahahaha

Lepas tu macam biasalah kita dengar dulu ucapan dari our dean, wakil dari delagasi dan Naib Canselor Unisza.... Nak majlis lebih diberkati, ada bacaan doa oleh junior... dan lepas tu sesi membuncitkan perut...hahaha
Ucapan daripada Naib Canselor Unisza
Disebabkan aku dah tahap kebuluq sangat dah lupa pulak nak snap gambaq.... oleh sebab tetamu dari thailand so tema menu adalah makanan tradisional malaysia...ada ketupat, sate, nasi ,sambal ayam, keropok dan lain2...diaorang pelik bila makan keropok dengan nasik...dan diaorang xbiasa makan guna tangan...hihihi
sate
Masa tengah makan nak lebih havoc, adalah persembahan dari unisza dan chian mai....sambil makan sambil bergembira...yeaaaahhh!!!! Dimulakan persembahan dari tuan rumah...tarian dari first year student.....good job!! lepas tu diselang dengan persembahan dari chian mai...hebat!!...diaorang memang sporting habis... ada pertunjukan silat...nyayian dari final year student...
tarian kipas
tarian dari chiang mai
dah sudah pon makan
muka happpy bila perut kenyang =)

Majlis berakhir dalam 11.30 p.m dan lepas tu macam biasalah acara bergambar...jom layan ja...



Pasangan yang sporting
Xdapat buat persembahan tapi dapat tangkap gambar atas pentas pon jadik lah..hihihi

with dancer from CMU

Xlupa jugak bergambar dengan Phd students from CMU....agak2 kalo attend class dengan skirt pendek ok x? hahahah...pengsan en rahimi
mana satu camera nih??
Mula2 aku mintak nak pakai benda ni tapi miscommunication diaorang terang nama benda ni tapi aku dah lupa...aku main angguk ja tanda paham...padahal aku xigat pon..hahaha.. akhirnya dapat pakai jugak.
tudung terlepek

end
overall welcoming dinner memang best....sampai pagi sok ramai yang ponteng seminar..hahaha


Sunday, 21 October 2012

Cinta Seorang Lelaki

Ni aku copy & paste dari fb... Aku ambik dari Eee budak ni, aku cepuk kang....

SELAMAT MEMBACA

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Bila korang dah habis baca ni adakah sikap kekasih korang sama seperti yang di atas???

As-Syakirin

As- Syakirin  apa yang korang terbayang???? Nama orang ka nama tempat or apa2 ja lah...Bila sebut ja As- Syakirin mesti korang terbayang nama orang kan..mula2 aku pon pikir macam tu jugak tapi bila dah nak masuk 4 tahun aku kat Gong Badak ni dah familiar dah dengan As- Syakirin ni...hahahaa...

Terengganu cuti pada hari Jumaat dan Sabtu...Bila cuti ja muka aku dah berseri2...maklumlah boleh buat suka hati..hihihi...petang tadik habis ja dissusion group terus ja plan kuaq makan....ok As- Syakirin ni kedai makan la...aku rasa orang terengganu area gong badak tau la kot kat mana As-Syakirin ni...budak2 u aku selalu la makan kat sini sebab dekat ja ngn u kalau ikot dari pintu belakang..hik3
Restoran As-Syakirin
Minuman kat sini ada macam2...korang bole cuba jus buah...bagi aku sedap tapi citarasa masing2 xsama kan...jadik korang kena datang sendiri....

Ada macam2 menu kat As-Syakirin ni..western food, makanan panas, ikan bakar, sate pon ada gak...rambang mata nak pilih...hahaha

Roti Canai
Keropok goreng kat sini memang sedap...dah la panas2 lepas tu keropok memang rasa isi ikan...ada sesetengah kedai jual keropok tapi rasa tepung ja lebih...Pinggan untuk isi keropok pon menarik...bentuk sampan lagi..hahaha
Keropok goreng