Followers

Friday, 6 July 2012

Sarawak

Wah tahun ni memang menyahut saranan kerjaan iaitu meh la kita cuti2 malaysia..macam biasa jom layan gambaq ja na..

Dalam kapal terbang sebelum berlepas..tq air asia merealisasikan impian kami bertiga..now everyone can fly...online booking dari tahun lepas lagi..punya lah excited. 
Day 1-  Kami sampai dalam 4.00pm, jadik our tour guide aka Syidah ajak lepak  kat The Spring...makan di  food court...bila sampai ja sarawak , telinga dah jadik pekak kes tak paham bahasa sarawak..

Day 2 at Dayak Long House-  Seorang akan dikenakan rm6.
Dalam baruk ni terdapat replika rumah tradisional di sarawak yang diperbuat daripada buluh.sempat lagi posing dalam sampan..tq aunty yang beri kebenaran masok dalam sampan
Hujung dayak longhouse terdapat Mini Museum yang dimilik i nenek  yang berusia 81tahun.. kalo xsilap  aku lah..dah cakap pon macam ayam dengan itik sepatah pon aku tak paham..main angguk ja  tak pon bunyi ooohh ja.. Lupa pulak nak bergambar dengan nenek tu.ada foto masa dia muda2 bukan main hot lagik dengan anuar zain...jeles aku


Pemandangan dari mini muzium.tenang dan sejuk. rasa macam nak bina lah sebuah rumah kat sini.. tapi bila tengok isi dompet  terus cancel..
Next- Semenggoh Nature Reserve.. Kitaorang boleh pulak sesat nak ke  Semenggoh ni.adoi. Entry fee is rm5 for adult. Kanak-kanak aku xigat la plak.. Semenggoh ni buka dari 8am sampai 11am and 2pm sampai 5pm. Feeding time- 9am and 3pm.. Kitorang sampai sini dalam pukul 11am, lepas tu boleh pulak penjual tiket selamba cakap "kalo awak masok masa ni  awak boleh tengok orang dan hutan sahaja"..sengal tp betol lah apa yang dia cakap..lupa pulak nak tnya nama.  Setiap orang utan ada nama masing2 tp yang peliknya aku tengok muka orang utan nih sama ja xnampak berbeza pon..hot mama yang paling igat bukan main susah nak panggil dia turon makan,siap umpan dengan susu lagi.. kenapa orang panggil hot mama aku pon xtau..lupa nak tnya kat hot mama sendiri..
Waterfront- Seberang sana adalah kilang kek lapis..harga kek memang berbaboi dan kek pon sedap.. Sekali aku borong sampai 10bijik percuma 1bijik. harga dari rm10 sehingga rm20. Kitaorang beli dari Zaharah Kek Lapis..Ada mak cik aku sempat sembang di airport, dia suggest beli dari Mira Kek lapis..Ikot citarasa sendiri la.semoga membuat pilihan yang bijak
Excited naik boat padahal bukan first time pon dah banyak kali pon.tambang murah ja rm1 sehala tp ikot  tempat tuan2 dan puan2 berlabuh jugak..ada yang kena 50 kupang ja

Ini tempat yang wajib dilawati..Sarawak Cultural Village.. Student fee rm15 ja tp bukan pelajar rm60.. Dalam ni ada 7 buah rumah tradisional  di sarawak bukan 47 buah ya...haahaha.. Setiap hari ada persembahan teater pada 11am dan 3pm. wajib  tengok k memang best dan badan korang pon bergoyang tiba2 ja

Rumah Melayu







Tallest house..ngeri aku tengok..gayat pon ada jugak

Bawah rumah ada benda alah ni..ya allah punya la excited nak main benda ni sampai xnyempat nak bersimouh ayu.anak sapa la ni.bertinggung nak berak ja

Tangga yang menyeramkan..


Yeay akhirnya sampai jugak naik rumah melanau even terbonkok aku panjat tangga.seram sangat

Berani naik kena lah turun..xkan nak tnggu lift sampai plak...gayat doh.




Kitaorang xberani masok rumah penan nih..Orang penan seksi sangat..malu saya dibuatnya. Tu pon  jalan bukan main laju lagi. buat2 xnampak..xsenonoh betoi..kecik ati abang2 penan.
Jambatan Maut..Hahaha..jalan pon mcm baby baru berjalan..terkedek- kedek..kalo kaki tersepit macam mana. jerit ja abang penan terus datang tolong.hahaha

Tugu Negara eh sungguh ka..kalo orang percaya ni memang kena sekeh ni..tugu kucing..xnmpak ka bukan main ayu lagik kucing tu posing.

Mee Kolok..macam biasa aku mesti makan xhabis..aku order sirap limau tp yang sampai limau ais..eh  kawan aku cakap sirap = gula kasar..ye ko idok. i pon xtau na

Linut-suci lagi bersih

Bila bercampur dengan sambal belacan terus berubah..tekak aku pon mengembang ..xhabis jugak

Laksa sarawak yang mesti cuba.bila dah hbis baru la nak ambik gambaq..sungguh xsenonoh btoi


Ambal tersangat sedap..cicah pulak dengan sambal kicap..tq mak syidah sebab sudi masak ambal..



Butter prawn versi sarawak...sedap hingga menjilat jari

Rojak buah- Uniknya kuah rojak ni rasa masam sikit tp memang best lah..

No comments:

Post a Comment